Monday, 2 April 2012


Pelancongan dan Perkembangan Bandaraya Kota Kinbalu, Sabah.

Elvisam Bin Madun Ba09110157
Latihan Ilmiah Ag31106

Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
No.h/p: 013-8675831 E-mail: elvisam_madun@yahoo.com
Semester 2/2012

Abstrak

Kajian ini adalah mengenai perkembangan bandaraya Kota Kinabalu yang dikaitkan dengan kepesatan aktiviti pelancongan di negeri Sabah. Sememangnya kajian ini bukanlah satu kajian yang baru kerana telah banyak dilakukan oleh para pengkaji terdahulu sama ada pengkaji geografi pelancongan maupun geografi bandar dari dalam dan luar negara. Namun, kajian susulan masih lagi penting dan diperlukan bagi mengupas dengan lebih lanjut mengenai hubungan antara sektor pelancongan dan perkembangan sesebuah bandar yang mungkin berbeza pada masa kini. Objektif kajian ini adalah (1) mengkaji latarbelakang pembangunan bandaraya Kota Kinabalu, (2) mengkaji perkembangan unit fungsi bandaraya Kota Kinabalu, (3) menilai perkaitan antara perkembangan unit fungsi (pelancongan) bandar dengan sektor pelancongan dan (4) mencadangkan langkah-langkah melestarikan sektor ini di samping menggalakkan lagi perkembangan bandaraya Kota Kinabalu. Teknik pengumpulan data yang utama digunakan dalam kajian ini adalah teknik temu bual bersama pengarah perancangan bandaraya (DBKK). Selain teknik temu bual, data juga diperolehi melalui teknik kepustakaan dengan merujuk laporan dari jabatan berkaitan, jurnal, artikel dan buku yang berkaitan dengan pelancongan dan perkembangan bandar. Berdasarkan dapatan awal, terdapat kecenderungan dalam unit fungsi bandar  seperti hotel, restoran, agensi pelancongan dan kompleks beli-belah untuk berkembang. Ini menunjukkan bahawa perkembangan bandaraya Kota Kinabalu mempunyai hubungan yang kuat dengan kepesatan aktiviti pelancongan di Sabah.

Kata kunci: pelancongan, perkembangan bandar, unit fungsi bandar dan hubungan.

Abstract

This study is about the development of Kota Kinabalu city that associated with the proliferation of tourism activities in Sabah. Indeed, this is not a new study because it was mostly done by previous researchers either geography tourism or urban geography within and outside the country. However, further studies are still important and necessary to delve more about the relationship between tourism and the development of a town which may be different today. The objective of this study are (1) studying the background of the development of Kota Kinabalu city, (2) study the development of a functional unit of Kota Kinabalu city, (3) evaluate the relationship between the development of a functional unit (tourism) city with tourism and (4) propose measures to conserve
this sector and encourage the development of Kota Kinabalu city. The main data collection technique used in this study is an interview technique with the city planning director (DBKK). Besides interview techniques, data were also obtained through the techniques of literature with reference to reports from relevant departments, journals, articles and books related to tourism and urban development. Based on preliminary findings, there is a tendency in the city functional units such as hotels, restaurants, travel agencies and shopping complex to develop. This indicates that the development of Kota Kinabalu city has a strong relationship with the pace of tourism activities in Sabah.

Keywords: tourism, urban development, urban functional unit, relation.


No comments:

Post a Comment